Friday 10 October 2014

PENULISAN REFLEKSI KEMAHIRAN BELAJAR

PENULISAN REFLEKSI
            Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
  

Monday 29 September 2014

MASALAH PENDENGARAN ^_^

Punca

Antara penyebab masalah pendengaran ialah:-
  • jangkitan telinga kronik
  • fakor keturunan
  • kecacatan kongenital
  • sakit kuning yang teruk semasa bayi
  • penggunaan dadah ototoksik
  • kecederaaan kapala
  • jangkitan virus atau bakteria
  • pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan
  • proses penuaan dan tumor

Tanda-tanda

Kehilangan pendengaran disyaki SEPERTI:-
  • Tidak mendengar bunyi deringan telefon
  • Tidak menoleh kepada sumber bunyi
  • Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
  • Membuka TV terlalau kuat
  • Menunjukkan tanda-tanda keliru 
  • Tidak memahami pertuturan. 

Tindakan yang perlu diambil

Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan tidak normal :-
  • Seseorang audioologis 
    • menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran
    • Pemilihan dan pemasangan alat bantu pendengaran
    • merekabentuk dan mengimplimentasi strategi
    • program rehabilitasi dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengran.  

MASALAH PENDENGARAN ^_^





Masalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu:-


1.   Kurang pendengaran
a.    Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu memahami perbualan.


Thursday 25 September 2014

MARI KITA KENALI KANAK-KANAK YANG MENGHADAPAI MASALAH PENDENGARAN

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN
      Apabila kita bercakap tentang masalah pendengaran, pertama sekali yang perlu kita tahu mengenainya adalah definisinya. Terdapat pelbagai pandangan daripada tokoh  berkaiatan dengan definisi masalah pendengaran. Mari kita lihat definisi tersebut:-


Wednesday 24 September 2014

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.

DUA CIRI PENTING YANG DIMILIKI OLEH KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

^_^ Ciri-Ciri Kognitif

            Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ.

CIRI-CIRI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF



 Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.