PENULISAN REFLEKSI
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai
keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk
membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan
sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar.
Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana,
masa dan tempat yang tertentu.
Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai.
Kemahiran belajar merupakan salah
satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula
dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan
seterusnya memproses maklumat. Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus
mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan
yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
Sebagai bakal guru yang akan
mendidik pada masa hadapan saya perlu menguasai kemahiran belajar ini. Hal ini
demikian kerana dengan adanya kemahiran belajar, saya boleh mengaplikasikan
kemahiran tersebut semasa mengajar kanak-kanak pendidikan khas. Apa yang saya
dapat sepanjang pembelajaran saya bagi subjek GKB1053 iaitu Kemahira Belajar
termasuklah kerja kursus projek yang saya jalani adalah kepentingan memguasai
kemahiran belajar ini. Terdapat banyak kepentingan atau faedah yang telah saya
dapat dalam mempelajari subjek ini. Antarnya ialah penggunaan celik akal secra
optimum bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud disekeliling kita.
Sebagai contoh kerja kursus projek saya meminta saya mencipta sebuah blog sendiri.
Pada asalnya saya tidak mengetahuinya tetapi apabila telah dibeitahu oleh
pensyarah serta rakan-rakan yang celik IT ini maka saya mudah untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Selain itu juga apa yang telah saya ketahui dan
fahami saya sebarkan kepada rakan-rakan saya yang tidak faham bagaimana hendak melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Selain daripada itu juga terdapat
kepentingan lain iaitu melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap. Hal ini
demikian kerana sepanjang pembelajaran sayadalam subjek ini, kemahiran mengumpul
maklumat dengan cekap amat penting kerana ada tajuk-tajuk tugasan yang meminta
saya membuat pembentangan secara berkumpulan dihadapan menggunakan ‘powerpoint’.
Oleh itu, jika saya tidak mempunyai kemahiran mengumpul maklumat dengan cekap
agak sukar unntuk membuat pembentangan tersebut dengan mempunyai isi yang padat
dan ringkas.
Selanjutnya, apa yang saya dapat
dalam mempelajari subjek ini adalah ianya untuk mencungkil serta mengasah bakat
serta potensi seseorang. Hal ini
demikian kerana saya telah mempunyai kemahiran dalam bidang IT sejak dari
sekolah rendah lagi tetapi oleh kerana saya kurang mengaplikasikan kemahiran
tersebut dalam kehidupan seharian maka kemahiran itu semakin lama semakin
tumpul dan hilang. Jadi apabila belajar dalam subjek, pensyarah-pensyarah cuba
mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajarnya seperti saya agar pada masa
akan datang menjadi seorang pendididk yang berkemahiran tinggi dalam bidang IT.
Seterusnya, saya dapat melihat
bahawa sepanjang tempoh pembelajaran saya dalam subjek Kemahiran Belajar ini ia
melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi
menghayati pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana hidup sebagai seorang yang
bergelar pelajar adalah penuh dengan cabaran. Hal ini demikian kerana ada
sesetengah subjek agak sukar untuk
difahami tetapi dengan kesukaran itulah kita jadikan ia sebagai motivasi diri
agar subjek tersebut mampu kita kuasai. Di samping itu, ia juga mampu
meningkatkan daya ingatan pelajar. Hal in demikian kerana proses pembelajaran
saya di dalam kuliah adalah sepenuhnya menggunakkan teknologi yang disediakan
dalam makmal komputer. Oleh itu, proses mencatat penting dan lebih penting lagi
adalah proses mengigat apa yang talah dipelajari. Ini kerana tidak smua perkara
pensyarah mampu untuk mengajar dalam waktu yang singkat. Bagi memudahkan proses
pembelajaran maka pensyarah akan memberitahu apa yang dikehendaki dalam membuat
sesuatu perkara itu. Semasa inilah penggunaan daya ingatan pelajar digunakan
secara maksimum.
Kemahiran belajar ini juga
memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan
bermakna. Apa yang dapat saya lihat dan rasai dengan menggunakan teknologi
maklumat ia memudahkan segala urusan seharian saya termasuklah dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan. Selain itu,
dengan adanya kemahiran ini dalam setiap diri bakal-bakal pendidik, kita
memudah proses pebelajaran dan pengajaran didalam kelas. Hal ini demikian
kerana kita memudahkan pelajar-pelajar mendapat ilmu dengan secara sistematik
dan bermakna. Mereka mudah memahami dan mengingati apa yang telah diajar kepada
mereka.
Apabila saya mempelajari kemahiran
belajar ini, saya dapat mentafsirkan bahawa ianya juga untuk memupuk minat dan
amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek
sepanjang hayat. Ini kerana apabila kita pelbagaikan cara belajar, secara tidak
langsung kita akan minat untuk belajar dan akan memberikan tumpuan lebih lama
dalam proses pembelajaran tersbut. Teknik ini juga sebenarnya boleh digunakan
semasa saya sebagai bakal pendidik mengajar pelajar-pelajar yang kurang atau
tumpuan mereka mudah terganggu semasa proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Justeru itu secara tidak langsung pelajar-pelajar yang tidak
berminat untuk belajar akan menjadi minat apabila kita pelbagai teknik mengajar
seperti menggunakan teknologi maklumat ini di dalam kelas.
Lanjutan daripada itu, saya juga
dapat pengalaman baharu iaitu pengetahuan baharu. Walaupun saya telah didedahkan
tentang IT ini daripada sekolah rendah tetapi banyak perkara yang saya tidak
ketahui. Sebagai contoh menggunakkan powrpoint dngan sempurna, mencipta blog
sendiri dan banyak lagi. Selain itu juga, apabila saya belajar subjek Kemahiran
Belajar ini secara tidak langsung ia memupuk keyakinan dalam diri saya untuk
berdepan dikhalayak ramai. Hal ini kerana saya seorang yang tidak berani
menonjolkan diri tetapi dengan tugasan yang diberikan mengakibatkan saya agar
berdiri dan menerangkan dapatan kajian saya dikhalayak ramai maka secara tidak
langsung perasaan malu itu hilang dan digantikan dengan keyakinan diri.
Kemahiran belajar juga mengajar saya
untuk menguruskan masa dengan sempurna dan berkesan. Ini kerana sebagai seorang
pelajar masa amat berharga pada saya. Ini kerana lumrah menjadi seorang pelajar
banyak dengan tugasan dan sebaginya. Jadi saya perlu menguruskan masa dengan
tepat dan berkesan agar tiada satu pun kerja saya yang tertangguh atau tidak
siap. Saya perlu membahagikan masa antara perkara yang penting dan segera,
dengan perkara yang penting tetapi tidak segera ,dan juga dengan perkara yang
langsung tidak penting.
Ia juga memupuk disiplin dalam
belajar. Apabila mempelajari kemahiran belajar ini, ia membuatkan saya displin
dalam belajar. Saya membuat jadual waktu belajar dan perlu mengikutinya dengan
berdisplin. Hal ini kerana dengan berdisplin dalam belajar barulah seseorang
itu dapat menguruskan kehidupannya dengan sistematik dan sempurna. Selain itu
dengan wujudnya disiplin dalam belajar maka secara tidak langsung saya dapat
membina budaya belajar yang betul dan berkesan. Saya mampu membuat ualngkaji
untuk setiap subjek yang saya ambil dan mampu menguasainya secara menyeluruh.
Saya juga dapat mngimanbangkan antara kokorikulum dan akademik. Justeru itu,
apabila kita mampu untuk mendisplinkan diri apabila belajar maka secara tidak
langsung kita mampu membina budaya belajar yang betul dan berkesan dalam
kehidupan seharian bukan sahaja sebagai seorang pelajar malahan sebagai seorang
individu yang berjaya.
Lanjutan daripada itu apabila
berdisplin dalam belajar dan dapat membina budaya belajar yang betul dan
berkesan maka dengan itu ianya dapat meningkatkan pencapaian saya. Hal ini
demikian kerana apabila berdisplin dalam belajar ianya mambuatkan diri saya
mampu memberi tumpuan dalam pelajaran dengan sempurna. Oleh itu, apabila saya
mampu memberi tumpuan ketika belajar maka dengan mudah ia meningkatkan
pencapaian saya dalam apa jua aspek terutama sekali apabila saya menjawab
kertas peperiksaan. Selain itu, ilmu pengetahuan saya akan bertambah dari
sehari ke sehari. Ini membolehkan saya meningkatkan lagi pencapaian saya dalam
bidang yang saya ceburi ini.
Tambahan pula, kemahiran belajar
telah mengajar saya untuk mencapai cita-cita dan matlamat diri. Hal ini
demikian kerana apaila kita mempunyai kemahiran dalam belajar kita akan berjaya
mengejar cita-cita dan matlamat diri. Jika kita mampu untuk menguruskan
kihidupan kita agar lebih sempurna tidak mustahil untuk kita mengecapi
cita-cita dan matlamat diri. Kita perlu memupuk semangat yang tekat dan azam
yang tinggi agar cita-cita dan matlamat diri ini dapat dicapai apabila sampai
pada waktu yang kita tetapkan. Kemahiran belajar bukan sahaja untuk diri
sendiri mencapai cita-cita dan matlamat diri malah kita juga boleh
mengaplikasikan ilmu pengetahuan kita kepada orang lain khususnya saya sebagai
bakal pendidik boleh membantu pelajar-pelajar saya untuk mencapai cita-cita dan
matlamat diri. Ini kerana saya berharap bahawasanya saya menjadi seorang
pendidik yang berintergriti dan berwawasan tinggi.
Kesimpulannya, Kemahiran Belajar
adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku
yang baru secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran Belajar juga dikenali
sebagai hasil pengalaman individu iyu sendiri dalam melaksanakan interaksinya
dengan persekitaran. Selain itu. Kemahiran belajar merupakan satu proses yang
digunakan oleh seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa
kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku. Dalam kemahiran belajar ini,
hanya beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan
dalam memori. Hal ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu terlupa akan
maklumat yang penting.
No comments:
Post a Comment