Thursday, 25 September 2014

MARI KITA KENALI KANAK-KANAK YANG MENGHADAPAI MASALAH PENDENGARAN

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN
      Apabila kita bercakap tentang masalah pendengaran, pertama sekali yang perlu kita tahu mengenainya adalah definisinya. Terdapat pelbagai pandangan daripada tokoh  berkaiatan dengan definisi masalah pendengaran. Mari kita lihat definisi tersebut:-



 1) Hardman (1996); kekurangan yang dialami turut mempengaruhi proses pembelajaran dan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
2) Chua Tee Tee (1992); kanak-kanak pekak sebagai individu yang rosak pendengaran dalam banyak keadaan, seperti ia mempunyai pendengaran separa, ialah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke arah bunyi disekeliling.
3) Safani Bari (1999); individu pekak tidak dapat fahami pertuturan melalui deria pendengaran @ tanpa menggunakan alat pendengaran, bermakna mereka alami kepekakan yang amat teruk iaitu kehilangan pendengaran 90-120 dB.
4) Quigley (1984); cacat pendengaran sebahagian kanak-kanak @ orang dewasa yang tahap pendengarannya teruk, saraf sensorinya rosak & berlaku sebelum ia boleh bertutur. Ia disebabkan oleh faktor luaran & dalaman. Oleh itu mereka tidak dapat dengar bunyi @ mendengar secara sepontan.5) Asmah Hj Omar (1986); pekak ialah individu yang lahir dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain & tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran & budaya melalui bahasa.6) Bee H (1995); kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah individu yang hadapi kekurangan pendengaran yang jelas & kesukaran mendengar . Ujian yang digunakan ialah Ujian Behavioral Observation Audiometry, Ujian Pure-tone Audiometry & Ujian Speech Audiometry.
7) Hallahan & Kaufman (1991); kanak-kanak bermasalah pendengaran kurang diberi peluang bertutur & berkomunikasi dengan individu normal. Ini menyebabkan perkembangan bahasa, psikososial & pencapaian akademik & mereka terjejas. Pendekatan yang boleh digunakan seperti audiotory-verbal, pendekatan oral-auditory, komunikasi seluruh, pertuturan kiu, kod tangan BM,yang sesuai digunakan untuk atasi masalah pendengaran.
8) International Ebcylopedia Vol. 5 (1991); cacat pendengaran ialah kekurangan @ kehilangan daya pendengaran pada satu @ kedua-duanya dimana bunyi dalam kekuatan bunyi (intensiti) sederhana tidak dapat didengar.
9) Meadow-Orlans (1984); prelinguistic adalah tahap kehilangan pendengaran (deafness) yang merujuk kepada semasa perkembangan bahasa & komunikasi, manakala postlinguistic adalah tahap kehilangan pendengaran yang terjadi selepas perkembangan bahasa dan komunikasi.
10) Meadow-Orlans (1984); konginatal adalah masalah berkaitan dengan kesihatan semasa proses kelahiran. Masalah ini dapat dikenalpasti sebelum, semasa & selepas beberapa tahun kelahiran. Masalah ini disebabkan ketidakstabilan genetik, persekitaran ketika dalam rahim dan beberapa faktor yang tidak diketahui.


    Apa yang dapat disimpulkan adalah terdapat pelbagai pandangan  yang menyatakan definisi masalah pendengaran ini. kesemua definisi tersebut saling berkaitan diantara satu sama lain. Masalah pendengaran juga terbahagi kepada dua tahap iaitu separa pekak dan pekak sepenuhnya. Oleh itu, apabila berhadapan dengan kanak-kanak seperti ini kita sebagai cikgu harus tahu mengenai bahasa isyarat agar memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan mereka ini.

No comments:

Post a Comment