Wednesday 24 September 2014

CIRI-CIRI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF



 Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.
->      Potensi pengasingan oleh kerosakan otak
->      Kewujudan golongan individu luar biasa
->       Operasi teras yang boleh dikenalpasti
->      Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan
->       Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal
->      Disokong dari kajian psikologi
->       Disokong oleh penemuan psikometrik
->       Kerentanan untuk mengekod sistem symbol
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia).
Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang maksud PC. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.
            Menelurusi sedikit sebanyak asal usul pintar cerdas ini, Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.

Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu banyak. Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif dan juga ciri-ciri afektif.

No comments:

Post a Comment