Wednesday, 24 September 2014

KONSEP DAN DEFINISI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF



a)      Pintar Cerdas
Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.



            Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.
b)      Berbakat
Pintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas merujuk kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi lebih sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh boleh berkembang secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan, psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004).  Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup banyak dipakai. Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logical mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner ini menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak dapat dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol pada dirinya.
c)      Kreatif

Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.
 Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

No comments:

Post a Comment