Monday, 29 September 2014

MASALAH PENDENGARAN ^_^





Masalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu:-


1.   Kurang pendengaran
a.    Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu memahami perbualan.


b.    Sederhana (moderate) – Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran antara 41 – 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam kelas
c.    Sederhana teruk (moderate – severe) – Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 – 70 dB. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2.    Pekak
a.    Teruk (severe) – Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 – 30.5 meter sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan
b.    Sangat teruk (profound) – Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat.
(Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)



TANDA-TANDA MEMPUNYAI MASALAH PENDENGARAN
Kanak –kanak yang mengalami kehilangan pendengaran menunjukan tanda-tanda berikut
·         Selalu kurang tumpuan .
·         Selalu gagal bertindakbalas terhadap pertuturan orang lain, terutamanya dalam
      situasi bising
·         Selalu minta orang mengulangi apa yang telah di sebut
·         Selalu maju rapat kepada penutur
·         Selalu memberi perhatian kepada muka penutur.
·         Selalu memberi jawapan yang tidak kena kepada soalan
·         Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturnya atau menggantikan
bunyi-bunyi lain.
·         Mempunyai suara yang terlalu lembut dan kuat.
·         Berindakbalas lambat terhadap arahan
·         .lemah tatabahasa.
·         Menghadapi masalah mengulangi apa yang didengar
·         Menghadapi masalah menentukan arah bunyi.
·         Selalu menghahapi telinga berair, selsema, sakit tekak.  


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
        Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan kepada deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat sensitive.Ini kerana organ yang dikenali koklea merupakan organ terpenting bagi membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan organ yang kecil, sensitive, dan kedudukan yang hampir dengan otak dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun ,sekiranya seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh seperti normal. Salah satu cara ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran dan meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka bertutur berbanding lewat diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak dan lidah mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti seawall tiga bulan, mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga mengikut tahap kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya pendedahan mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan yang menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.

Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan awal dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan. Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Rawatan ini berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama. Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan pendengaran ini.
Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan Plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air.penggunaan pewarna ini turut digunakan didalam penghasilan barang permaianan kanak-kanak. Pendedahan yang berterusan kepada agen-agen kimia yang merbahaya ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi.

No comments:

Post a Comment