a)
Pintar Cerdas
Pintar
Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat
dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar
Cerdas IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu
kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas
sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal.
Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang
tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.
Pintar
cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted
and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah
rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau
menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi
apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama
pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi
yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan
kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.