PENULISAN REFLEKSI
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai
keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk
membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan
sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar.
Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana,
masa dan tempat yang tertentu.